Ahad, 17 Jun 2012

KEBAIKAN-KEBAIKAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan.


Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka.


Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.


Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan buku tepat pada masanya dan menjaga kebersihan perpustakaan.


Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik.


Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan